Monday, January 16, 2012

(Poem) Choose your best friend as your soulmate instead of your GF/BF.


Teman Karib: oleh  Wani Ardy
Hidup ini bukan kisah putra-putri
Kau ingin yang indah, yang berada
Sepilah kau sampai bila-bila
Kata janji manis
Kucup sentuh batin
Akan pudar, akan hilang
Kahwini teman karibmu, sayang
Usah pilih kekasih semata
Kau perlukan seorang yang gila
Menghadap ragammu tiap masa
Bila tua dan anakmu terbang
Yang tinggal kau berdua bersembang
Biarpun gaduh ada gunanya
Biarpun diam rasa selesa
Takkan tamat bekerja ke lubang kubur
Kau bukan jentera
Kau bukan robot
Hujung akhirat nanti yang tunggu di syurga
Bukan dunia
Tapi dia
Matikan putra-putri dalam dongengmu
Cari yang di sini, cari sahabatmu
Jodoh rahsia Tuhan-
Jika kau lari, rahsialah ia hingga akhir bumi!
Kahwini teman karibmu, sayang
Usah pilih kekasih semata
Kau perlukan seorang yang gila
Menghadap ragammu tiap masa
Bila tua dan anakmu terbang
Yang tinggal kau berdua bersembang
Biarpun gaduh ada gunanya
Biarpun diam rasa selesa.

p/s : Cari orang yg dapat melayan semua kerenah kau, susah senang. Sebab kau hidup dengannya bukan untuk setahun dua, tp sepanjang hidup. And sesungguhnya, jodoh tu rahsia Tuhan. Maktub.

Friday, January 13, 2012

Hadiah Permintaan Seorang Anak., Subhanallah..


Suatu hari selepas saya memberikan satu pengisian di dalam slot bersama remaja, datang seorang remaja darjah 6 duduk di tepi meja saya.
“Ustazah, doakan saya supaya dapat 5A dalam UPSR.”
“InsyaAllah, UPSR 5A.”
Selepas saya berkata sedemikian, dia masih tidak berlalu pergi. Dia tetap duduk sahaja dekat dengan meja saya. Katanya lagi,
“Ustazah, ini serius tahu!”
Saya senyum sembil berkata;
“Ya, saya tahu. Memang UPSR 5A dari dahulu hingga sekarang. Atau sudah bukan 5A lagi sekarang?”
“Ustazah ini beriya-iya mahu doa, tetapi tidak pula bertanya siapa nama saya.”
Saya mula merasakan anak ini serius dengan kata-katanya. Saya bertanyakan namanya. Setelah diberitahu nama, dia berkata lagi,
“Ustazah mesti doakan saya dapat 5A ya.”
“Boleh ustazah tahu, mengapa kamu bersungguh-sungguh mahu ustazah doakan?”
Dia menyambung lagi,
“Ustazah, saya meminta untuk didoakan agar dapat 5A dalam UPSR kerana saya mahu menuntut hadiah daripada ibu saya. Ibu tidak tahu lagi, apa hadiah yang saya mahukan.”
Dalam fikiran saya, tentulah hadiah yang dimahukan seperti Basikal, PS2, video game atau yang seumpama dengannya.
“Boleh kamu kongsi dengan ustazah dahulu, hadiah apakah yang kamu mahukan daripada ibu kamu sekiranya kamu mendapat 5A?”
“Ustazah, saya harus dapat 5A. Kerana sekiranya saya dapat 5A, saya mahu tuntut hadiah daripada ibu supaya dia menutup aurat dengan sempurna, memakai tudung.”
Pada ketika itu juga, saya menadah tangan berdoa,
“Wahai Allah, Engkau mendengar luahan hati anak ini. Sekiranya dengan 5A boleh menjadi penyebab ibunya mendapat hidayah-Mu, Engkau berikanlah 5A kepada anak ini wahai Allah.”
*Hidayah Allah tidak mengenal usia. Kadangkala, seorang anak mendapat hidayah terlebih dahulu daripada ibunya. Oleh kerana itu, mohonlah hidayah Allah dengan airmata bukan air liur. Jangan pernah berhenti berdoa sebelum hidayah Allah menghuni jiwa. Kasih Allah itu lebih luas daripada kesalahan dan kealpaan diri kita. Pengampunan Allah itu lebih besar daripada dosa yang pernah kita lakukan. Sungguh Allah itu dekat apabila kita berusaha mendekatkan diri kepada-Nya. 

Thursday, November 24, 2011

Yang Terbaik :)



Tengah best chat dengan bestie dari matrik,dye post sumtink kt chatbox..
Bacalaahh..tapi mungkin cerita macam nie korang selalu baca kan.
entah knapa tetibe terkesan kat lubuk yang paling dalam plak cerita nie..heh


Ekslusif remaja hari ini... layan seyyy.....

Yang terbaik..
Pada suatu hari Aristotheles bertanya pada Gurunya :

... "Bagaimanakah kita dapat memilih sesuatu yang baik dalam hidup ini?"

Guru: "Berjalanlah terus di Taman Bunga yg Luas, Petiklah 1 Bunga yang terindah bagimu, Dan janganlah pernah berjalan kembali ke belakang"

Kemudian Aristotheles melakukanya dan kembali dengan tangan hampa..

Guru: "Mana Bunganya? "

Aristotheles menjawab: " Aku tdk boleh mendapatkannya, sebenarnya aku telah menemukannya, tapi aku berfikir, di depan ada pasti yg LEBIH INDAH lagi..ketika aku telah sampai di Ujung Taman, Aku baru sedar bahwa yg aku temui pertama tadi adalah yg terbaik, tapi aku tidak boleh kembali lagi ke belakang..."

Guru: "seperti itulah hidup, semakin kau mencari yg terbaik, maka kau tak akan pernah menemukannya..Jangan pernah Sia-siakan yg Tumbuh d Hatimu.. Dan janganlah sia-siakan seseorang yang mencintaimu saat ini... Kerana waktu tak Akan pernah Berputar kembali..
renung2kn dn slamt bramal..



hah!got it??itulah dah kata..bila sampai mood jiwang aku jadi poyo lah kejap.
Pendapat sendiri:
Kita x mungkin memperoleh apa yang kita impikan,i mean angan2 xboleh blah korang tu Terimalah apa yang Allah dah decide untuk kita whether it is bad or good. if it is the bad thing, kita ingat balik kisah wanita-wanita beriman yang diuji Allah.Renung balik apa yang boleh dijadikan iktibar.Contohnya Asiyah,dia bersuamikan Firaun sedangkan dia beragama Islam.Ingat..Allah xkan uji kita dengan apa yg kita x mampu.So,if korang dapat ujian yang maha hebat tu,u shud be proud of urself cuz Allah knows u can handle it. :) 

Kalau kita memang mencari kesempurnaan, eventhough dalam hati tu mmg dah minat giler kat mamat/minah sorang nie..tapi sebab dye x hensem/lawa korang takut kengkawan ngumpat blakang lah kan.so korang deny habes2.nak pulak dapat kengkawan yg mmg x supportive langsung.isk kawan2 mcm nie pegi campak longkang jelah. ok gurau.~~no offence
So, remember diz one little thing..

Kesempurnaan hanya wujud di syurga.. Kesempurnaan itu hanya terletak pada cinta Illahi :)

toodles!!