Monday, January 16, 2012

(Poem) Choose your best friend as your soulmate instead of your GF/BF.


Teman Karib: oleh  Wani Ardy
Hidup ini bukan kisah putra-putri
Kau ingin yang indah, yang berada
Sepilah kau sampai bila-bila
Kata janji manis
Kucup sentuh batin
Akan pudar, akan hilang
Kahwini teman karibmu, sayang
Usah pilih kekasih semata
Kau perlukan seorang yang gila
Menghadap ragammu tiap masa
Bila tua dan anakmu terbang
Yang tinggal kau berdua bersembang
Biarpun gaduh ada gunanya
Biarpun diam rasa selesa
Takkan tamat bekerja ke lubang kubur
Kau bukan jentera
Kau bukan robot
Hujung akhirat nanti yang tunggu di syurga
Bukan dunia
Tapi dia
Matikan putra-putri dalam dongengmu
Cari yang di sini, cari sahabatmu
Jodoh rahsia Tuhan-
Jika kau lari, rahsialah ia hingga akhir bumi!
Kahwini teman karibmu, sayang
Usah pilih kekasih semata
Kau perlukan seorang yang gila
Menghadap ragammu tiap masa
Bila tua dan anakmu terbang
Yang tinggal kau berdua bersembang
Biarpun gaduh ada gunanya
Biarpun diam rasa selesa.

p/s : Cari orang yg dapat melayan semua kerenah kau, susah senang. Sebab kau hidup dengannya bukan untuk setahun dua, tp sepanjang hidup. And sesungguhnya, jodoh tu rahsia Tuhan. Maktub.

Friday, January 13, 2012

Hadiah Permintaan Seorang Anak., Subhanallah..


Suatu hari selepas saya memberikan satu pengisian di dalam slot bersama remaja, datang seorang remaja darjah 6 duduk di tepi meja saya.
“Ustazah, doakan saya supaya dapat 5A dalam UPSR.”
“InsyaAllah, UPSR 5A.”
Selepas saya berkata sedemikian, dia masih tidak berlalu pergi. Dia tetap duduk sahaja dekat dengan meja saya. Katanya lagi,
“Ustazah, ini serius tahu!”
Saya senyum sembil berkata;
“Ya, saya tahu. Memang UPSR 5A dari dahulu hingga sekarang. Atau sudah bukan 5A lagi sekarang?”
“Ustazah ini beriya-iya mahu doa, tetapi tidak pula bertanya siapa nama saya.”
Saya mula merasakan anak ini serius dengan kata-katanya. Saya bertanyakan namanya. Setelah diberitahu nama, dia berkata lagi,
“Ustazah mesti doakan saya dapat 5A ya.”
“Boleh ustazah tahu, mengapa kamu bersungguh-sungguh mahu ustazah doakan?”
Dia menyambung lagi,
“Ustazah, saya meminta untuk didoakan agar dapat 5A dalam UPSR kerana saya mahu menuntut hadiah daripada ibu saya. Ibu tidak tahu lagi, apa hadiah yang saya mahukan.”
Dalam fikiran saya, tentulah hadiah yang dimahukan seperti Basikal, PS2, video game atau yang seumpama dengannya.
“Boleh kamu kongsi dengan ustazah dahulu, hadiah apakah yang kamu mahukan daripada ibu kamu sekiranya kamu mendapat 5A?”
“Ustazah, saya harus dapat 5A. Kerana sekiranya saya dapat 5A, saya mahu tuntut hadiah daripada ibu supaya dia menutup aurat dengan sempurna, memakai tudung.”
Pada ketika itu juga, saya menadah tangan berdoa,
“Wahai Allah, Engkau mendengar luahan hati anak ini. Sekiranya dengan 5A boleh menjadi penyebab ibunya mendapat hidayah-Mu, Engkau berikanlah 5A kepada anak ini wahai Allah.”
*Hidayah Allah tidak mengenal usia. Kadangkala, seorang anak mendapat hidayah terlebih dahulu daripada ibunya. Oleh kerana itu, mohonlah hidayah Allah dengan airmata bukan air liur. Jangan pernah berhenti berdoa sebelum hidayah Allah menghuni jiwa. Kasih Allah itu lebih luas daripada kesalahan dan kealpaan diri kita. Pengampunan Allah itu lebih besar daripada dosa yang pernah kita lakukan. Sungguh Allah itu dekat apabila kita berusaha mendekatkan diri kepada-Nya.